haqifaq.
Terbaik Untukku...
12/23/2011 | 12:08 AM | 0 comments
assalamualaikum.. so today, i'm gonna share to you my first 'cerpen'.. you know what is cerpen? ok, kalau tak tau pergi fahamkan sendiri.. kalau malas pun, buat-2 lah macam korang faham.. alaa.. nanti kalau korang bace ape yang kat bawah nih, korang fahamlah.. ok, stop! straight to the point jek laa yer~ so, enjoyy!

Terbaik Untukku..

“Kau jangan tinggalkan aku ya? Aku sayangkan kau. Kau mesti kuatkan semangat!” ucap Farisha kepada Amanda. Farisha sedih apabila mendapat tahu yang kawan baiknya itu menghadapi penyakit barah otak.
“Kau jangan risaulah. Belum kritikal lagi. Janganlah macam ni. Aku belum nak matilah. Hahaha,” balas Amanda dengan harapan kawan baiknya itu tidak begitu risau. Harap-harap Echa tak tahu yang aku akan tinggalkan dia dua tahun lagi. Aku pun sayangkan kau juga.
Sejak daripada itu, Farisha sangat mengambil berat tentang kawannya itu. Setiap masa berada dengan Amanda. Seperti belangkas lagaknya. Kalau boleh masuk tandas pun mahu diikut. Dia sedar yang Amanda rimas dengan kerenahnya itu. Mana taknya, kawan sejak dari sekolah menengah lagi. Baginya Amanda adalah sebahagian daripada hidupnya.
Diam tak diam, setahun sudah berlalu. Amanda bersyukur dia ada sahabat yang mengambil berat tentangnya. Tapi dia sedar, dia hanya ada masa setahun sahaja lagi untuk hidup. Dia memikirkan sesuatu supaya Farisha tidak akan merasa begitu kehilangannya apabila dia sudah tiada di dunia ini. Amanda semakin menjauhkan diri daripada Farisha. Amanda mencari kawan baru dan mula melupai Farisha. Amanda berbuat begitu supaya Farisha cemburu dan membencinya. Walaupun Amanda tidak rela melakukannya tetapi ini semua demi kebaikan Farisha.
Farisha pelik dengan tindakan kawannya itu. Farisha merasakan bahawa dia disisihkan oleh kawannya sendiri. Farisha sedih dengan tindakan Amanda itu. Lama-kelamaan Farisha makin benci dan meluat apabila melihat muka Amanda. Baginya, berkawan dengan Amanda adalah satu kesalahan yang besar.
Amanda sedar akan perubahan Farisha. Walaupun Amanda agak terkilan, tapi itulah yang terbaik untuknya. Dia tidak kisah kerana baginya biarlah dia yang sakit hati, tapi jangan Farisha. Tak lama lagi, Amanda akan jalani pembedahan. Mungkin itulah kali terakhir dia berjumpa dengan kawan baiknya itu.
Seminggu selepas itu, Farisha tidak lagi berjumpa dengan Amanda. Farisha tergerak hati untuk bertanya kepada Kaisara, kawan Amanda yang berjaya membuat Farisha cemburu. Rupa-rupanya Amanda sudah meninggal dunia. Nafasnya bagai terhenti seketika. Tiba-tiba dia pengsan. Farisha akhirnya sedar dan menenangkan dirinya. Dia kembali bertanya kepada Kaisara, apa yang sebenarnya telah terjadi kepada Amanda.
“Sebenarnya, dia baru sahaja dibedah semalam. Otaknya tidak dapat berfungsi lagi. Saraf otaknya rosak kerana ketumbuhan di dalam otaknya sudah terlalu besar. Selepas pembedahan, Amanda koma. Tak lama lepas itu, jantungnya dah tak berfungsi lagi. Doktor sudah cuba sedaya-upaya, tapi ajalnya sudah sampai. Allah lebih menyayanginya,” cerita Kaisara panjang lebar.
Farisha tidak dapat menahan tangisnya lagi. Dia menangis tak henti-henti. Kaisara kata, petang ni mayat arwah Amanda akan dikebumikan. Farisha mengambil keputusan untuk menziarahi keluarga Amanda. Rupanya Kaisara adalah sepupunya. Sebaik sahaja majlis tahlil arwah tamat, Kaisara memberi Farisha sesuatu. Surat yang ditulis oleh arwah. Farisha terkejut membaca surat itu.
‘ Assalamualaikum. Apa khabar Echa? Mungkin masa Echa baca surat ni, Manda dah tak ada. Harap-harap Echa tak sedih. Manda nak minta maaf sebab memutuskan tali persahabatan kita dengan mengejut. Manda cuma tak nak Echa sedih. Manda nak Echa biasakan diri kalau Manda dah meninggal. Manda minta maaf ya? Manda harap Echa maafkan Manda. Mesti Echa meluat bila nampak muka Manda. Manda tak kisah. Manda dah agak. Lagipun memang salah Manda. Akhir sekali, terima kasih sebab sudi jadi sahabat Manda selama ni. SAYANG ECHA! Teruskan hidup dengan tabah. Hadapi semua cabaran dengan sabar. Carilah kawan baru yang lebih baik dari Manda. Sekian sahaja warkah terakhir dari Manda.
- Amanda Md Suffian -

Berjurai air mata Farisha apabila membaca surat itu. Dia menyesal kerana berlaku kejam terhadap Amanda. Farisha rasa lemah dan tidak bermaya. Dia bagai tiada tujuan hidup lagi. Semangatnya hilang. Akhirnya, dia sedar bahawa dia mesti kuatkan semangat dan tabah mengharungi segala macam cabaran. Dia perlu berjumpa dengan pakar kaunseling di sekolahnya untuk mendapatkan semangat dan azam yang baru.
Setahun sudahpun berlalu. Farisha sudah dapat menerima hakikat dan menjalani hidup seperti biasa. Walaupun masih ada terselit rasa kesedihan di hatinya, namun dia sabar dan tabah. Dia juga sering menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah kawannya yang tersayang. Selalu terselit nama arwah Amanda dalam doa Farisha. Segala pahit manis yang dilalui bersama suatu ketika dahulu ditanggungnya dengan orang yang berbeza. Orang yang tidak kurang bezanya dengan arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengannya.


haha! ok, tak lah sebagus mane.. tapi nih first time dohh~~ haha! XD kalau korang gelakkan siapp!!! dah laa.. wassalam!! chowzz~

| NEW