Yassin untuk Tokngah~
Nara : HAHAHAHAHAHAHA! Bongeklah Iqah ni~ xD
Iqah : Muahahahahha! dah lah gelak tuh, buruk benor ghupenye~ xD
Nara : Kurang hajarr! Siap kau~
Iqah : hehe! dahlah, asyik gelak jek! nanti nangis kang~
Nara : Kau yang mula dulu~ xP
Iqah : Eh, bapak aku dah sampailah. Bye! =)
Nara : Buhbye!!~
*dalam kereta*
Iqah : Nak balik S'pore eh yah?
Ayah : Hmm.
Iqah : Eh, handphone mak tertinggal lah. ade mesej? atin(akak iqah)? bukak jek lah~
Mak, relax mak. Tokngah dah takde~
Iqah menutup telefon ibunya dan meletaknya di sisi. Dia termenung ke luar tingkap dan tanpa disedari, air matanya jatuh. Entah bagaimana reaksi ibunya nanti~
Sampai sahaja di rumah, ibunya sudah menunggu di beranda rumahnya ditemani dengan tangisan.
Mak : Iqah, kenapa iqah nangis?
Iqah tak menjawab dan terus masuk ke rumah. Dia merasa sebak. Ditambah pula dengan tangisan ibunya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Dia terus mengemas barang-barangnya untuk pulang ke kampung.
***
Suasana di dalam kereta sangat sunyi. Pilu. Tidak lama selepas itu, mereka sampai. Terdengar sayup-sayup alunan Al-Quran dari pangsapuri neneknya.
Al-Fatihah~
*this is a true story. tapi ada yang ditokok-tambah sikit. sikit jekkkk~~
Labels: true short story
OLD | NEW