Upin Ipin dan Iqahh~ *Ehh?!
assalamualaikum, wahai rakyat jelataa!!!~ *krik-krikk~*
*
*
*
ek ehem, maaf~ di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf.... *ehh, dah eh? k k k k~*
dek kerana malam semakin malam tetapi aku masih tidak ketiduran.. maka terbitlah rasa untuk menge-post entry dalam benak hati untuk mendodoikan mataku. *ala-ala A. Samad Said bersajak*
adakah anda tertanya-tanya mengapa saya membuat tajuk sebegitu rupa? kalau tak pun, anda kene tahu jugak~ muahahaha! *oii! tak lawak lahhh!* *baling tomato*
ahah! sebenarnya saya adalah peminat setia upin dan ipin. tambahan pula saya ade partner semasa menonton rancangan tersebut. siapa lagi, tidak lain dan tidak bukan... *drum roll* Adam bin Md Suhaimiiiii~ [k, kepada sesiapa yang tidak mengenali adam, beliau adalah manusia yang dilahirkan 2 tahun yang lalu oleh kakak saya. anak buah laaa~*]
ohh, beliau sangat meminati kartun tersebut kerana... dia pun baru tengok kartun tuh jekkk~ xD ehh, tapi ada jugak dia tengok kartun yang lain2 seperti boboiboi dan pada zaman dahulu. tapi... *ehh, takde takde! aku tengah cerita pasal upin ipin nih~!kenapa saya suka tengok upin ipin? haa, ini sebab dia:
#1 - saya adalah seorang peminat kartun *walaupun saya berumur...* tapi takdelah minat sangat. kehadiran upin dan ipin suatu ketika dahulu telah mengambil hati saya untuk menontonnya lagi di kemudian hari. ini kerana watak upin dan ipin tersangatlah comel dengan suaranya dan trademarknya, betul betul betul~ *buat suara ipin tapi tak jadi*
#2 - pengisiannya sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. dari segi pengajaran yang diberikan sangat lah berguna dan mudah difahami, terutama sekali kanak-kanak yang sering menonton kartun. wujud juga elemen-elemen keislaman, dan perpaduan dalam animasi tersebut. dan ianya memang berteraskan identiti malaysia yang nak sambut birthday diaaa!! yeayyyy~~ *k, cover*
k, mungkin itu saja yang saya boleh huraikan. dek kerana mata pun telah warning saya untuk rehatkan diri. jadi, saya mengundur diri. *k, macam pantun~* *booo!!* dan terima kasih kerana sudi membaca post-lewat-malam saya ini. Wassalam~ =D
btw, belog waa ade baju rayeeeeeee~~~ xD /alahh, petik dari blogskinnn!!\ *k, damn* =.=
Labels: awesomeness article~
OLD | NEW