Say NEVER to racist!
Wahh topik ni sangat panas sekarang! Dan dek hati yang panas ini jugalah, saya menaip entri ini...
Bismillah.. Ok, Alhamdulillah. Pilihan Raya Umum ke-13 dah berakhir kelmarin. Tahniah kepada Barisan Nasional kerana masih kukuh dalam kerajaan Malaysia. Namun tak dinafikan, Pakatan Rakyat juga tak kurang hebatnya. Cuma ada desas-desus, bisikan takkepuasan hati beberapa pihak. Ok, tolak tepi.
Tapi ada satu masalah yang mengganggu otak yang kecil dan tak banyak isi nih. Ya, racism atau sifat perkauman.
Kita beruntung kerana Malaysia ialah negara yang terdiri daripada berbilng kaum. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun etc. Walaupun asalnya, Malaysia ialah Tanah Melayu. Jadi perkara ni memang tak patut berlaku. Saya tak bercakap tentang pemerintahan sesuatu kaum. Saya sedang bercakap tentang sifat perkauman. Tolong jangan ada yang salah sangka dengan saya.
Contoh; Kita menumpang di rumah 'orang'. Tapi sepanjang kita di rumah 'orang', kita selalu dihina, dicaci maki. Padahal kita dah bantu kerja-kerja mereka. Siapa je boleh tahan?
Ok, boleh faham tak konsepnya di situ? Kaum lain juga ada bantu kita memajukan industri kita. Kaum lain juga mempunyai sifat-sifat terpuji yang boleh kita contohi. Siapa kita nak menghina kewujudan mereka di tanah kita? Sedangkan kita ni, taklah rajin sangat buat kerja~
Minta maaf jika ada yang terasa. Saya bukan nak menjatuhkan maruah bangsa sendiri, tapi saya rasa manusia yang racist ni yang menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Bangsa Melayu dikenali sebagai kaum yang lembut dan tidak sukakan kekerasan. Kalau penuh Malaysia dengan manusia sebegini, pepatah "Melayu takkan hilang di dunia" tak relevan lagi. Sorry, but it's the truth..
Ada yang sibuk berkempen untuk boikot barangan cina.
Ada yang tak nak bertegur dengan orang india.
Padahal diri tu juga cacat. Cacat dengat sifat terpuji..
Tanah Melayu merdeka bukan hanya kerana Tunku Abdul Rahman dan TunHussein Onn. Ingat, British memerdekakan kita selepas kerjasama antara kaum. Kalau tak ada kerjasama antara kaum, Malaysia bukan seperti yang kita ada sekarang. Malah mungkin Tanah Melayu masih dijajah.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Surah al-Hujurat, Ayat 13)
Jangan Malukan Orang Melayu! =)
Labels: awesomeness article~
OLD    | NEW