My Observation.
Aku dah 3 tahun sekolah Maahad(tak perlulah tahu the exact place). Well, there's something that attracts me to update my blog for today.
Before that, please bear in mind, this is just my opinion. This is how I observe and remind myself on what I should do and what I should not.
Apa yang aku nampak, sekolah-sekolah yang ada nama(macam SMKA/SBP) ni, orang-orangnya terlalu selesa dalam tempurung diorang. Yalah, sekolah dah ada nama, facilities pun terbaik dari ladang. Orang dengar pun kagum je. Well now, I can see the dark side of it. Bila dah terlalu selesa, susah sikit pun tak boleh. Salah sikit, komplen. Terlalu agungkan kesempurnaan. Terlalu risau tentang nama. Takut jatuh martabat SBP/SMKA.
Ada orang pernah tanya aku;
"Eh, budak Maahad ada yang couple ke?"
"Korang tak boleh jumpa lelaki eh?"
"Mesti best kan sekolah Maahad"
Jadi aku assume, semua sekolah sama. Percayalah akak adik semua, Maahad macam sekolah lain jugak. Cuma didikan agama lebih sikit. Ada je yang couple. Kami boleh je jumpa berlainan jantina. Senang ceritanya gini, kalau ada kesedaran, baiklah dia. Tapi dah lumrah alam. Ada baik, ada jahat. Aku percaya benda tu normal.
Cuma aku tak boleh terima wujudnya manusia yang suka menghukum orang. Yang tuduh tanpa usul periksa. Timbul juga fitnah. Mulut pun boleh tahan puaka gak. So, tak peliklah kalau orang kata pakai tudung tapi jahat. Tahu pulak marah. Orang lain tak nampak semua tuh. Ya, semuanya disebabkan nama. Title 'agama' yang menyorokkan semua tu. Dan itu sajalah modal cikgu-cikgu untuk mendidik.
"awak ni sekolah maahad, jaga sikit perangai tu"
"Sekolah kita ada tambah huruf A dalam namanya iaitu agama. Segan dengan sekolah lain."
Bukan untuk diri sendiri, masyarakat atau agama. Untuk nama.
Tak dinafikan, aku pun lebih kurang. Yalah, aku pun budak Maahad. Dan budak nakal. Kasar gurauan.
Bila dah baca ni, jangan assume semua budak Maahad jahat pulak. Ramai jugak yang berbudi pekerti mulia.. Cukup je jangan ingat budak Maahad terlalu baik. Didikannya cukup, kesedaran je belum sampai lagi. Yalah, bila dah terlalu berharap, nanti cepat kecewa. Lebih kurang jugak ah konsep dia cenggitu.
Adios! Gua nak tengok HIMYM!!
May peace be upon you!
p/s: pakkanlah mak aku tak bagi pindah. Bak kata timah, kita kena berhijrah.. ekekeke
OLD | NEW