Jambori Remaja Islam Johor 5.0
Bismillah..
5 hingga 8 Disember lepas, saya bertolak ke larkin sentral sendiri untuk ke Jambori Remaja Islam Johor 5.0 anjuran KPIJ. Sepanjang perjalanan saya teruja dan membayangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Saya juga tak sabar, mana tahu boleh berjumpa dengan akak-akak dari jambori yang lepas. Kalau bertuah, dapatlah kawan baru di jambori nanti.
Ternyata memang banyak betul aktiviti yang terlalu menarik! Antara semua aktiviti, yang menjadi kegemaran saya dan semestinya akan diingat sampai ke hujung nafas ialah trustfall. Aktiviti yang sangat mencabar mental dan fizikal. Percayalah, masa itu terpaksalah saya pentingkan diri sendiri dan melupakan zat-zat berlebihan di badan. Maaflah sahabat-sahabat atas bebanan yang perlu anda pikul. Tak lupa juga aktiviti berjalan atas bara api yang memerlukan pemikiran yang positif. Walaupun melecur, masih tak dapat melawan keseronokan daripada pengalaman yang jarang-jarang benar dapat dialami.Hari terakhirlah yang sangat indah dan bermakna. Walaupun tak punya aktiviti-aktiviti yang mencabar, namun pada hari itu, saya sangat merasakan getaran ukhwah yang sangat kuat antara kami. Waktu bersalam-salaman, rasa sebak memang benar-benar menghentak dada saya. Namun, kami semua yakin ukhwah kami tak berakhir di sini. In syaa allah kami akan sentiasa berhubung di laman sosial facebook. Malah ada juga aktiviti untuk cawangan masing-masing. Jika Dia mengizinkan, bolehlah kami berjumpa lagi.
Saya tak pasti apa objektif mereka, tapi yang penting, banyak manfaat daripada jambori ini. Saya seperti dicas semula dan sudah tentu bertenaga serta bersemangat untuk mengerjakan ibadah-ibadah wajib mahupun sunat in syaa Allah. Saya harap, saya diizinkan untuk istiqamah dalam amal kebaikan dan dijauhi sifat mazmumah. Amin.
Wallua'lam.
Labels: short post~, true short story
OLD | NEW