haqifaq.
My Kind Of Fangirling
2/13/2016 | 1:55 AM | 0 comments
Hey peeps! Miss me?

Kahkahkah tak payah nak poyo sangat lah bij!

Ok, post kali ni korang kena sedia baldi kat sebelah. Sebab aku nak cite benda mungkin menggelikan.

Takkk... Bukan pasal pembunuhan ataupun proses pembenihan.

Pasal aku punya fangirling jeeeee....

So cite dia, aku ni takde tempat nak mengadu. Macam kawan2 aku yang lain, ada minat kpop, ada minat wandi, bieber dan sebagainya. Tapi aku ni.... ada sikit lain. yayaya im a weirdo so whattt??

Yang kenal aku maybe tau. Aku minat lagu2 rock. Yang mak aku kata 'eii bingit!'. Yang kawan2 aku kata 'seramnya wehh'. Yang macam tu lah lebih kurang. Tapi belum sampai tahap hardcore metal la. Peh mau bawak mengucap bapak aku tengok anak dia gothic sembah setan minum darah kambing hahahaha cem harommmm! (walaupun aku suka darah. dah jangan tanya aku kenapa aku tak jadi doktor)

Soooooooo (okay tolong bayangkan muka aku yang gila punya excited nak cite) aku nak introduce ah kat hangpa (technically hangpa tu aku ja) aku minat apa buat masa sekarang ni.

Kalau nak cite band apa yang aku dengar, banyak leee. Takkan le dengo 1 2 band jee. Tak puas dol hahaha. Ni nak cite band yang aku minat gila2 punya.

Kalau orang tanya aku setahun dua yang dulu, aku akan jawab MY CHEMICAL ROMANCE. Dohhh aku ni dah tahap mimpi diorang buat concert belakang rumah aku weh. Siap ngeteh ngan bapak aku lagi. Nasib baik tak masuk minang.Mau orang ingat aku dah mati sebab tak bangun2 dari mimpi indah kahkahkah

Takkan la aku minat saja2 je kan. Mestilah ada sebab musabab sesuatu kejadian tu berlaku. Haaa aku minat diorang ni sebab.... Ok, cuba angpa bayangkan first love. Haa cemtu ah. Hahaha mengadanya ya Allah. Tapi tu ah. Cerita dia, aku sempat jadi die-hard-fan dia selama beberapa bulan je sebelum diorang break up. Wehh hancoq luluh hati ceqq. Aku first dengo lagu dia masa aku hingusan sekolah rendah dah sebenarnya. Tapi masa tu aku masih suci dan bersih seperti kain putih. Hahaha woi budak budak layan rock pun membimbangkan gak. Melampau ko ni. So time tu aku dengar lagu2 black parade ah mostly. And time tu aku suka lagu Helena. Sampai sekarang gak ah senanya. Helena tu power baq ang. Even time aku hingus meleleh pun boleh suka lagu tu bila akak aku bukak kat laptop hijau dia tu. Time tu aku ingat selain lagu Helena, depa bukak lagu Black Parade (of course), Teenagers, I Dont Love You. Tu je kod (yang aku ingat). 

Soalan penting: Antara semua member, mana yang paling kau suka gila vavi?
Jawapan bernas: Of course ah Gerard Way dohhhh! Apee punya soalan daaaa hahahahaha

Kenapa? Sebab dia power ah. Hahah jawapan tak membantu langsung. Ok sebenarnya, aku ni jenis yang suka orang nyanyi pakai soul. Yang tak berapa kisah pasal suara dia sangat (tapi still sedap bunyinya). And gerard ada benda tuh. Hahah over sangat kan. Dia gila dohh. And not to forget, dia handsome xD Eh kemon ahhh aku pompuan kod. Tak mungkin lah aku tak tengok rupa engko ni punnnn.....

Ok enough about MCR, aku kena move on.... (weh still sedih kod hahaha siaoo)

Next... Avenged Sevenfold! Ok yang ni aku tak berani nak cakap banyak. Aku baru mula minat. (dari sini kau boleh nampak betapa setianya aku dengan MCR kahkahkah). Aku rasa semua orang mengaku, lagu2 diorang boleh tahan gempak. Terima kasih pada sorang kawan aku ni yang influence aku dengo A7X ni. Fav song.... Setakat ni macam MCR, terlalu banyak fav song. Hahaha! Ok cepat tanya aku siapa yang paling aku suka dalam A7X..

Soalan penting: Antara semua member, mana yang paling kau suka gila vavi?
Jawapan bernas: Synyster! Synyster! Synyster!

Woiiii dia power tahap cipan punya busut kodd!!! Dah ah style hensem legend main gitar peh weiiiii parah ni weii..... Aku paling suka tengok dia senyum (ok, sila gunakan baldi yang aku suruh sediakan tadi) Wehhhh next time depa buat concert kat mesia, aku akan pi awai, pahtu dok kat side syn mengharap nanti by the end of the concert, dapat lah aku pick dari dia untuk menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk aku belaja gitar. Kalau tak dapat tu, aku paham lah Tuhan nak bagi hint 'jangan nak melagho sangat. Kau tu pendosa. Bila nak tobat?' 

Well, aku tak nafikan ada banyak gila band yang power2 macam greenday, linkin park, nirvana dan sebagainya. Aku minat gak depa ni.. cuma belum sampai lagi tahap die-hard-fan gitu..

Weh kejappp.. Belum habis cite lagiii... Sabo dulu. Jangan pangkah lagi.....

Tu international.. Ha la ni nak habaq mesia punya band yang aku suka. Well, mesia punya tahap... aku tak taulahh. Maybe aku tak jumpa lagi kod yang macam MCR atau A7X. Tapi still ada yang aku minat lebih dari band2 lain. HUJAN, AZLAN, and OAG.

hahaha nampak tak cara aku announce tu tak se-excited aku announce MCR dgn A7X? maybe sebab lokal punya ni sopan sikit. Hahaha sopan pun jadi isu kan. Ko kena paham, aku ni weirdo tau. Ko kena buat benda gila dulu baru boleh impress aku. (fyi, i just figured this out. It's all make sense now.....)

Ye laa, ko tengok akim tu baru nak menggila sikit dahhh kate bawak dadah lahh hape lahh. Wei A7X gantung spentot kat mic stand kod pedehal hahahaha wei tu takleh bla xD

anyway, aku suka diorang sebabb...... Sebab aku suka lah. Hahaha macam takde concrete reason kan? Oklah sejujurnya lah kan... benda dah malam tau. Tadi punya excited nak cerita sebab mata membuntang lagi. Wei boleh tahan panjang kod entry kali ni. Naik lenguh badan aku. Appreciate sikit ehh.

(ok kali ni, anda dibenarkan maki)

Wow, setelah beberapa round tengok youtube, kini aku kembali bertenaga. Ye ah nak buat kopi malaih. Duhhh woi takdak kerja aku nak buat kopi semata2 nak update blog.

Ok, sambung cite. So hujan sebab ag coco la braderr. Haa yang ni ko boleh kata aku die-hard-fan gak ah. Weh tadi aku kecewa sebab aku baru tau dia sebaya abang aku. Apesal sampai nak kecewa? Pertama sekali ko kena tau, beza aku dengan abang aku 13 tahun woo. Yup AG sekarang 32 tahun. Mana tak kecewa, aku macam dah takde harapan la dengan dia kahkahkah siao macam la ada harapan kalau umur tak jauh sekali pun xD Lagi satu, mana nak jumpa orang macam ag tu woi. Cool namateyyy. Satu dalam seribu punya orang. Weh aku adore semua lagu yang dia arrange. Serious. Muka pun not bad. kelako pun ye. Penyabo. Loghat utara takleh bla tu.. Such a weird obsession towards loghat utara. Tu kalau korang perasan ada terselit loghat2 utara kat atas bukan sebab aku orang utara pun. Aku sebenarnya orang selatan. (dah ni apesal tiba2 cite pasal asal kejadian aku ni?) Selain drpd itu pasal hujan ni, aku suka sebab suara noh gak. Hm untung misz nina. Weh suara noh berjaya mencairkan segala organ dalaman aku doh. yang lagu slow laa. Lagu2 dia yang jenis 'aku tengah mood happy dan aku nak background music yang seiring dengan feeling aku' Selain lagu slow-mo dorang yang mencairkan gadis itu, lagu2 diorang yang lain pun gempak and gila!

Untuk Azlan pulakk... hmm aku rindu zaman MUH dulu senanya. Tapi sebab azlan dah keluar, masing2 macam kurang complete. Macam MCR lah. Gerard ngan Frank dah ada band baru. Diorang best tapi macam lack of something. Haihhhh aku tak boleh ah cite pasal mcr ni. Boleh emo hahahahaha. Ok sambung cite si Azlan ni. Alaa semua orang tau suara dia gila punya high pitch. Even perempuan pun x leh lawan punya ah. And the idea, creativity semua. The lyrics. So yeahh...

OAG memang gilaa weyhhh... Sejenis grunge yang satu2nya dalam mesia ni. Yang jenis macam gila2, cool, power. Entah ah. Diorang ni sangatlah rare. Ye ah ko tengok ah lagu2 sekarang. Heyyyy memang bukan taste aku ah. Sume mengarut gila. No meaning lyrics. No beauty. Ohh and Radhi jugak ada dia punya own style au.

Conclusion; you see, people actually can differ tau. Sama ada kau jadi artis because of fame or you really in love with music like no others. Well some people, they were borned with talents. And it's a waste that you dont upgrade it. Aku suka orang yang main dengan instruments sebab it requires practice. Even kau talented bermain dengan instrument, tapi kau tetap kena sentiasa upgrade so that band kau takkan hambar. Just because i like rock/indie/grunge more, doesnt mean like aku tak pandang good singer yang lain. From what I see, we kind of lack of good music for now. That is why, aku lagi prefer backstreet boys daripada..... ok aku actually dah tulis some artis tapi takpe lah. You can judge it yourself kod. Ye lahh, at the end of the day, it's still your life. Kita ada opinion kita, depa ada opinion depa. We cant force people to have the same mind. Walaupun aku x de la minat kpop, tapi ada jugak lagu yang aku boleh dengar. So try to blend in. And just... dont judge for their taste of art. Sebagaimana hang tak suka aku mencebik dengar lagu fav ang, macam tu jugaklah aku tak suka hang kutuk2 taste music aku. dahh gitu pulakk!

Weh panjang betul ni weh. And yeah, you got no idea how long it takes to finish this entry. Sekarang dah pukul 0154.

Kematu bontot woii!

Labels: ,


OLD | NEW